dah siap kan assignment..
nak kejar slide presentation plak...
yezza... macam dlu, saya paling cepat dapat data..
saya jugak paling lambt siap...
minggu depan da start exam.. yang berbaca lagi...
bagi la saya merasa masa yang panjang walaupun masa itu singkat Ya Allah...
Monday, June 4, 2012
Tuesday, May 29, 2012
Friday, May 25, 2012
mohon doa kalian semua...
Ya Rabb... hanya padaMU aku meminta..
limpahkanlah pada ku seperti Kau limpahkan pada hamba-hambaMU yang soleh
murahkanlah rezeki aku dan rakan-rakan ku semua Ya Allah
Wednesday, May 16, 2012
Tuesday, April 3, 2012
KBD (Part 3)
meh sambung cite.... baiki diri and kene ingat mengingati kan... kalau x sedar kn diri mesti lupa
*saya ni la yg selalu lupa n leka kalau x diingatkan :(
SOLEHAH ITU INDAH (PROF RUBIAH HAMZAH KULOP)
- Jaga niat - jaga pandangan, jangan tengok maksiat
- '' Kita kene rasa diri kita indah''
- '' Solehah itu sijil dari Allah BUKAN sijil dari peperiksaan''
- Jaga adab didepan orang lain dan juga diri sendiri
- '' Solehah itu menjaga hubungan dengan Tuhannya ''
- Ingat ada 'slide' di pandang Mahsyar yang akan tunjukkan apa yang kita lakukan
- ''Hormatilah ibubapa dahulu untuk jadi solehah''
- Jaga perkataan, Jaga perbuatan dan JAGA PEKERJAAN
- 'WANITA SOLEHA ialah apabila org bercakap dan bergaul dengannya... mcm rasa nak kahwen XD'
- Jaga keindahan batin - SOPAN SANTUN ~~~ '' Layan musuh kamu dengan santun ''
- '' Kalau perempuan tunjuk rasa keibuan, lelaki akan tunjuk rasa kebapaan ''
WANITA DAN DAKWAH (DR HARLINA)
- Laksanakan amal makruf nahi mungkar... bukan amal makruf sahaja
- Tuntut ilmu
- Sentiasa dakwah dalam keluarga
- '' All pregnancy should be planned, intended and wanted''
TITIAN SYURGA
(PUAN FARAZILAH - isteri Sham kamikaze, IRMA HASMIE, NORA USTAZAH FIRUZ)
- ''Kembali kepada fitrah = Islam '' - Puan Farazilah
- ''Pilih bidadara melalui agamanya, saya pilih solehna (soleh + nakal) '' - Ustazah firuz
- ''Cantik itu bukan pada rupa,pakaian tapi hati'' - Nora
*ok ni nota org malas... sila ke fb bidadari dunia ;)
Wednesday, March 28, 2012
KBD (Part 2)
DATIN ZALEHA (WANITA BERKARISMA)
- Dalam sesuatu perjumpaan/meeting elakkan untuk bertanya soalan personal
- Penampilan adalah penting kerana ia menunjukkan ''image'' kepada orang lain
- ''Knowledge is POWER when we put it in ACTION''
- Has the ability to relate to people
- 7 essential - Fluency, Confidence, Presence, Authenticity, Courage, Passion, Demeanor and Manner
WARDINA, CATRIONA ROSS, SURYATI DAMAN DAN DATIN ZALEHA (FESYEN:YES OR NO)
- Labuhkan tudung menutupi dada
- Sebaik-baik pakaian ialah TAKWA
- '' Wahai cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi takwa itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kuasaNya, mudah-mudahan mereka ingat'' Surah Al-a'raf : 26
- '' Katakalah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannyadan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita -wanita seislam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah memukulkan kakimya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertaubatlah kamu sekalian kepasa Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung'' Surah Al-nur : 31
- ''Hijab your heart'' -Wardina
- ''Keep the quran in your heart'' - Catriona ross
- ''If we feel complete, we don't need to show off'' - Datin zaleha
- Concept of Hijab - Modesty (Kesederhanaan)
BAHAGIA MEMBAHAGIAKAN (PROF Dr MUHAYA)
- ''The world is right because we are HAPPY''
- Rancang perkahwinan selama kehidupan, bukan melebihkan majlis perkahwinan
- Don't get stress semasa mengandung kerana meningkatkan pertumbuhan otot bayi
- ''Develop ourself, develop our brand''
- 5 aspek kehidupan yang mesti dijaga;
- Fizikal - bangun pagi stretch badan dahulu sebelum mandi, supaya badan tak terkejut
- Mental - Tentukan buku yg dibaca, Rancangan TV yang baik, Rukun islam dan Iman. '' Kualiti seseorang bergantung kepada kualiti masa yang diuruskan''
- Kerohanian - Menjaga hubungan dengan Allah, solat 5 waktu, Rukun iman dan islam
- Kewangan
- Hubungan sesama manusia
- Kehidupan berlaku melalui kita, oleh itu jangan sebut perkataan ''KALAU''. Katakan pada diri ''Dunia dalaman saya, menghasilkan dunia luaran saya''.
- Fikiran menentukan emosi, tindakan, hasil dan juga dunia
- Kita bekerja kerana kedua-dua keperluan dan tujuan.
- 3 formula = Intention (tentukan niat yang baik), Attention, No tension
- NO COMPLAINING, BLAMING AND FEELING SHAME
IBU LUAR BIASA (PUAN JAMILAH SAMIAN)
- Kalau nak anak-anak berjaya, ajar anak-anak bersabar. Jangan bagi semua yang mereka inginkan, biarkan mereka berusaha
- Proses mendidik anak-anak bermula dari sebelum kahwin. Dengan memilih lelaki yang beriman dan bertakwa
- Sentuhan dengan anak-anak itu penting
- Terapkan dan beri kata-kata yang baik dari sebaliknya
- Perbincangan sesama ibu bapa hendaklah bukan dihadapan anak-anak
Tuesday, March 27, 2012
KBD (Part 1)
USTAZAH FATIMAH SYARHA (BIDADARI IMPIAN)
- Senyum senyum dan senyum selalu ;)
- Belajar untuk selesaikan masalah
- Bersemangat apabila menuntut ilmu
- Kuat beribadah, puasa, berpuasa
- Susukan anak-anak dengan susu ibu
- '' Jangan bandingkan diri dengan org lain , sebaliknya bandingkan lah diri dengan kebolehan yg boleh dilakukan oleh diri sendiri''
- Letakkan ALLAH ditangga teratas dari segala2 nya
USTAZAH ZAWIAH HASSAN (CAHAYA KELEMBUTAN IMAN)
- Untuk menjadi kekasih ALLAH, hendaklah menjaga 3 perkara iaitu Solat, Puasa dan mandi janabah
- '' Sesungguhnya solat itu benteng kejahatan''
- Sentiasa berjamaah sesama suami isteri dan keluarga
- Menerapkan hukum islam dalam keluarga
- '' Sabar itu balasan syurga''
- Jika seorang isteri mahu menjalankan puasa sunat, hendaklah meminta kebenaran dari suami
- Hindarkan diri dari syirik berat dan syirik ringan (Riak/ Takbur)
DR NIKKI SYUHADA MANSUR (WANITA vs KERJAYA)
- ''Cuba anda, ambil separuh dari beg duit anda, dan simpankanya ke dalam tabung. Lihat berapa yang kamu akan peroleh 30 tahun akan datang. ''
- Happiness is not about TAKING but GIVING'
- Adakan self monitoring, iaitu planner untuk segala kegiatan
- 5 tabiat wanita berjaya ialah berfikiran positif, memilih kawan yang betul, mulakan dengan membaca buku, menghadiri seminar dan melawat tempat2 yang hebat
DATO' SITI NOR BAHIYAH (WANITA PENYEJUK JIWA)
15 Tips menjadi wanita penyejuk jiwa
''Sesengguhnya ALLAH menerima hati dan amalan, bukannya melalui paras rupa''
- Nur keimanan - menjaga solat, wuduk, berzikir dan berselawat
- Akhlak yang terpuji - menjauhi 4P dengan yang bukan mahram (Pandang lebih2, Pegang, Peluk, Penzinaa)
- Berilmu pengetahuan
- Isteri idaman suami - taat dan hormat pada suami
- Senyuman manis buat suami tercinta
- Berhias dan berdandan untuk suami - memakai alat solek, celak, pakaian cantik dan pewangi. menjaga tutur dan tingkah laku
- Meluangkan masa untuk merawat diri - exercise, pemakanan, spa, supplement
- Hati, bersifat mahmudah - jauhi lebih berbicara, lebih melihat sesuatu, lebih makan dan lebih pergaulan. '' BANYAK MUHASABAH DIRI. LIHATLAH IBU BAPA KERANA IANYA MENDAPAT PAHALA SEPERTI HAJI MABRUR''
- Penampilan mengikut syarak- labuhkan jilbab sehingga menutupi dada.
- Segera meminta maaf - sentiasa meminta ampun sebelum tidur.
- Bersabar - Berdoalah, sesungguhnya ALLAH merindui suara dari hamba-Nya.
- Sentiasa menderma dan berinfaq - Biarkan org itu menipu, bantu dan dermalah.
- Bersifat penyayang - Didik lah anak-anak dengan agama
- Mempunyai perasaan takut dengan ALLAH s.w.t - sentiasa berdoa dan mohon ampu dengan ALLAH
- Mendapat keredhaan Ibubapa - jangan meninggi suara dengan ibubapa dan sentiasa jaga kebajikan mereka
semuanya, in point form sahaja.. sebab saya suka amek kata-kata semngat dan nasihat ;)
yang baik itu dr ALLAH, yang salah itu mungkin saya tersilap catit dan atas kesalahan diri sendri
Jazakallah khayra ;D
Sunday, March 25, 2012
muslimah ;)
baru pulang dari konvokesyen bidadari dunia..alhamdulillah bnyk ilmu yg dapat, banyak kata2 motivasi yang disalin... semoga kekal n diamalkan insyaALLAH... sentiasa berterusan dan x bermusim... takpe kot bermula skit2, asalkn kita berusaha utk mengubah diri ;)
btw, dengar lagu kat atas mase konvokesyen masa slot ustazah fatimah syarha, da suka (1st time dengar, agaknya org lain da pernah dengar kot) then crew pon pasang lagu ni jugak masa rehat.. so decide nak cari lagu ni berpandukan lirik2 lagu.. yeay dapat n dah download ;)
*baru taw ade dua penyanyi
1. fitri widjayanti (yang dgr dekat KBD ;))
2. nazrey johani (lirik di atas, ada tambahan skit dari lirik Fitri dari indonesia)
cc azianty .... saya xtaw nak update ape pasal KBD huhu.. insyaALLAH t saya main karang je apa yg saya salin ... ;p
Wednesday, February 29, 2012
Friday, February 10, 2012
ayah......
sedih rasanya bile tengok ayah kita bila sakitkan
kesian tgok ayah yang asyik batuk2... lelah lagi... kesian tengok rasa sesak aje ayah nak keluarkan kahak dia
harap penyakit dulu tak dtg lagi... batuk2 biasa2 aje tu.. harap laaaaaa
semoga ALLAH sihatkan ayah saya
semoga ALLAH panjangkan umur ayah saya
semoga ALLAH beri kesempatan pada kami berusaha mengumpul amalan utk akhirat
semoga ALLAH bahagiakan dan satukan keluarga kami
tolong jawab pleaseeeeeeeeeee
wanita memang kuat jeles ye?
jeles sama suami rakan karib
jeles sama kawan baru rakan karib
jeles sama keluarga kekasih
jeles sama saudara yg ibu kasih kan
kenapa jeles2 ini ada dalam diri.. rasa tak disayangi lagi ke?? atau diri ni xpenting da???
jeles2 tu semua ade ke pada kamu kamu sekalian? atau aku yang kuat jeles????
Monday, February 6, 2012
sedang apa dan di mana
Dulu selalu ada waktu untuk kita
kini ku sendiri
dulu kata cinta tak habis tercipta
kini tiada lagi (lagi)
sedang apa dan di mana dirimu yang dulu ku cinta
ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
menjalani janji hati kita
*lepas dia kerana Allah kalau dia milik mu dia akan kembali pada mu
Thursday, February 2, 2012
rawr!!
kalau dupdapdupdap hati ni hilang.... xbulih ke?? stress yang amat!!
p/s: hal thesis lagi satu hal kene setelkan.. dupdap2 xde kaitan dgn thesis harap maklum
Sunday, January 15, 2012
reflection event
reflection event ini actually platform utk blogger2 malaysia, nak tunjukkan fashion2 dorng la..
nak explain pon xberapa nak arif... bnyak la blogger malaysia kat sana... ade bg link kot kat entry sebelum ni.. buka n baca sendri ea..haha.. xberapa nak ambik pot sgt la... bukan la blogger yg tegar aku ni...
since dia invite hijaber community so terpanggil la aku kat event ni
haha sesat2 cari dengan natrah nordin ... dekat sejam lebih baru jumpa huhuhu..
sampai2 da xde mood sgt da.. haha
booth2 nye pon xde la mcm booth pon... ade meja n sidai baju haha... rasa mcm event keusahawanan dlu
xdapat masuk fashion show.. sebb tiket da hbes.. so xberkesempatan la jumpa hana tajima , maria elena sume tu
tujuan utama maw ketemu sama mbak siti juwariyah haha...
da akhirnya berjaya lalala.. speechless... rasa mcm blur2 aje... xpenah aku mcm tu agaknye.. haha
mase dia dtg booth lana's store aku mcm terkejut tetiba dia kat blakang...
n owner kedai tu bgtaw siti ade org nak bergambar dgn dia
aku '' haiiiiiii, lambai2 senyum'' n tngkap gmbar sama2.. haha
pastu ''ok thank u''
pastu g jauh2.. rasa mcm xtaw nak buat ape da... kiteorg cam blur2 masa tu
tapi xpe la.. memng aku nak jumpa dia pon..xbajet pon nak beli ingat nak beli on9 je.. tapi since da jumpa beli jelakan....
tadaaaaaaaa
thank u natrah nordin, amek saya kat rumah.. sesat2 siap.. haha.. da nak balik bru bergmbr dgn badge
sampai rumah terus test2 scarf n inner haha.. kan best kalu borong bnyk warna... beli warna asas je la
ni gmbr x bulih blah ni hahaha... ;p
nak tiru cam blogger gak la
SCARF: Tudung bawal beli kat UKM
TOP: mak saya jahit
SCARF: Tudung bawal beli kat UKM
TOP: mak saya jahit
PANT: jenis apa ntah beli kat TS
SANDLE: flat dr kedai jual carpet n perhiasan rumah kat k4 .. ade jual kasut xtipu n mcm2 lagi... ;p
SANDLE: flat dr kedai jual carpet n perhiasan rumah kat k4 .. ade jual kasut xtipu n mcm2 lagi... ;p
p/s: natrah.. progress study mlm ni slowwww.. as usual kot.. sok exam.. mlm memng saya gila skit.. last2 update blog jugak
Friday, January 13, 2012
kaffah in malaysia
sebabkan aku big fan of siti juwariyah, lahir la entry ni
kenal siti juwariyah? salah sorang hijaber community di indonesia
dia yang paling aku suka kot, style,photo2 dia dan dia sgt cantik..
sesuai la kot pakai ape pon..
bila aku pakai cam dia... ''buang tebiat ke?!' bukan aku cakap, bapak aku cakap -_-
ini siti juwariyah dan saturday market
skang bulih beli barang2 saturday market dekat malaysia via Lana's store
ini siti juwariyah dan saturday market
skang bulih beli barang2 saturday market dekat malaysia via Lana's store
actually inner scarf tu da ade dekat malaysia n dari org malaysia jugak, Al-humaira' Contemporary
happy shooping, happy bercantik2, tapi biar la tutup aurat .. cewah... sedang berusaha ke arah itu insyaALLAH ;)
*da kene sambung study balik... esok exam :'(
happy shooping, happy bercantik2, tapi biar la tutup aurat .. cewah... sedang berusaha ke arah itu insyaALLAH ;)
*da kene sambung study balik... esok exam :'(
Tuesday, January 3, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)